Monday, September 10, 2007
Dokong & Sokong LAH Pak LAH!
Selamat datang kepada semua pembaca. Lama jugak tak update blog sebab agak sibuk dengan urusan kerja - lagi pun perkembangan semasa politik tanahair tak nampak pun menjurus ke arah ciri-ciri yang semaking cemerlang. Ciri-ciri temberang pula semakin ketara dan membutuhkan kita berfikir sampai naik pening dibuatnya.
Kita nak hemtam lebih-lebih pun buat apa. Semakin kita dedahkan segala kebobrokan mereka maka semakin menjadi-jadi pula dibuatnya. Alahai sedihnya negarakuku. Patutlah ianya telah lagukan oleh namawee dalam karya kreatifnya.
Lain yang disuruh lain pula yang dibuatnya. Nak kata bangang nanti orang marah pulak. Nak kata bahlol lagi la tak boleh! Habis tu nak kata apa lagi? Oh mungkin kita kena puji “Cemerlang sungguh pemimpin ku! Gemilang sungguh isteri perdana menteriku! (telah dinaikkan pangkat)”. So kita semua pakat puji aje lah. Apa buleh buat. Ada yang mengutuk gila babi! Gila lagi, babi lagi! (Babi pun pening kepala! Tapi apa buleh buat sebab babi pun dah nak kena pindah!) Maka dengarlah tuan-tuan satu Malaya, bahawa kita mempunyai seorang pemimpin yang sangat hebat. Sangap cemerlang, sangap gemilang dan sangap terbilang!
Jadi kepada seluruh rakyat negara Malaya, marilah sama-sama kita memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada para pemimpin kita untuk memerintah negara malaya ini. Tuan-tuan tidak perlu risau tentang segala apa yang dilakukan oleh pemimpin kita, kerana apa yang telah dilakukan, sedang dilakukan dan akan dilakukan oleh mereka adalah untuk negara bukan untuk anak, menantu masing-masing! Mereka ini adalah pejuang suci, besih sebersihnya walaaupun tanpa penggunaan sabun brezee zzz zz zzzzz.
Jika anda semua ada mendengar pelbagai khabar angin atau pelbagai isu – walaupun terbukti benar sekalipun – maka percayalah bahawa itu semua hanyalah khalayan yang lahir dari kotak minda yang telah dikuasai oleh hantu Mae Nak Phra Khanong dalam cerita rakyat thailand yang terkenal - Nang Nak atau mungkin juga hantu tetek, hantu ponggek atau hantu hadari. Semuanya hanyalah disebarkan untuk menjatuhkan pemimpin kita! Jangan percaya dan sesekali percaya dengan berita palsu ini yang direncanakan oleh hantu-hantu ini. Haram! Apa yang dipaparkan di alam maya siber ini hanyalah khalayan melainkan berita-berita yang berkaitan dengan Maya Karin tentang kisah pontianak harum sundal malam.
Marilah kita semua ahli umno dan penyokong-penyokong semua untuk terus menerus secara langsung dari rumah masing-masing untuk memberikan sokong, dokongan, yang kuat kepada pemimpin demi memastikan negara Malaya ini terus gemilang seumpama empayar Rom yang diasaskan oleh Romulus and Remus.
Janganlah kita terlalu percaya kepada khabar angin yang disebarkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Sapa raja petra kamaruddin? Sudah pasti beliau bukan seorang pemimpin atau bukannya seorang wartawan yang boleh dipercayai berbanding dengan lain-lain kamarudin atau khairi jamaluddin.
Berhentilah kita dari mengutuk khari jamalludin. Beliau juga seperti pak mertuanya yang sentiasa berjuang untuk membangun negara Malaya ini. Jangan percaya kepada fitnah-fitnah songang yang berniat untuk menutup periuk nasi beliau. Sudah pasti beliau seorang yang boleh dipercayai. Jika tidak bagaimana seorang perdana menteri boleh menjadikan beliau sebagai pakar rujuk! Maka beliaulah Hang Nadim yang telah menyelematkan Temasik (singapura) dari ancaman ikan todak (kini manusia todak) dalam hikayat sejarah melayu yang dikisahlan oleh Tun Sri Lanang.
Sesungguhnya apa saja perkara buruk yang dikaitkan dengan beliau adalah fitnah semata-mata. Beliau sebenarnya seumpama malaikat yang telah diturunkan dari langit untuk menyelamatkan negara Malaya ini dari cengkaman kuasa jahat cincin sakti seumpama kisah yang dilakarkan oleh Peter Jackson dalam Lord of the Ring. Maka pengacau periuk nasi khairi ini samalah dengan The Mouth of Sauron yang difiksyenkan oleh Rankin/Bass dalam epik the return of the king!
Seandainya benar begitu, maka sesiapa saja yang cuba untuk melawan seorang watak seperti Frodo Baggins seharusnya lebih jahat dari Sauron. Setakat menjadi Gollum dalam The Hobbit sudah pasti tidak memadai untuk menghapuskan satu watak yang sangat penting dalam sebuah epik yang begitu hebat! – The Return of The Pak Lelah Kingdom!
adios.
Selamat menjalani puasa kepada seluruh rakyat malaya. Sempena puasa ni tak baik mengutuk orang. Marilah kita sama-sama memuji yang Maha Kuasa bukannya memuji orang yang merasakan dirinya berkuasa macam tuhan!
Saturday, August 18, 2007
Pak Lah: Antara Misi atau Ilusi
PETIKAN KATA-KATA PAK LAH:
“Datuk Zam (Zainuddin Maidin) kata, saya perlu beri amanat kepada veteran. Tetapi saya kata pada beliau, nak beri amanat apa lagi kepada veteran-veteran ini, yang saya kena buat ialah pengakuan bahawa saya akan jaga UMNO supaya terus kuat, berpengaruh dan terus maju.

KOMEN: Pak Lah kata akan jaga UMNO. Kami rakyat dibawah akan dengar dan lihat. Menjaga UMNO bukan sekadar dengan kata-kata. Seandainya semudah kata-kata maka kita boleh melantik siapa saja untuk jadi presiden UMNO. Malah kita boleh lantik sahaja Hadi Awang untuk jadi prseden UMNO. Kita cuba untuk percaya dan memberikan kepercayaan kepada Pak lah. Namun apabila kita menoleh kebelakang – melihat segala tindakan yang lepas, maka kita terpaksa berfikir panjang!
PETIKAN KATA-KATA PAK LAH:
“Saya adalah anak jati UMNO. Bapa saya UMNO, emak UMNO, datuk UMNO. Sayang saya kepada UMNO jangan dipersoalkan dan saya ingin nyatakan di sini sebagai Presiden parti dan Perdana Menteri, saya mahu lahirkan setinggi ucapan terima kasih kepada jasa veteran yang berjuang sebelum merdeka.
KOMEN: Baguslah begitu. Pak Lah adalah keluarga UMNO – memiliki darah cap keris! Kita juga berasa bangga. Tapi Pak Lah kena ingat juga bahawa bukan beliau seorang sahaja memiliki darah cap keris. Malah ramai yang dok mengkritik sekarang ini pun juga memiliki darah cap keris. Dan mungkin keris mereka lebih mulia kerana pemiliknya sanggup mengorbankan dirinya untuk terus membela perjuangan UMNO bukan sekadar dengan kata-kata dan menaburkan wang ringgit semata-mata!
Friday, July 27, 2007
Ucapan Tun Dr Mahathir Mohamad Di Persidangan Serantau pada 22-08-1997 "Menghadapi Abad 21: Reformasi Dan Cabaran Umat Islam Serantau"
Berikut merupakan salah satu ucapan Tun Mahathir pada tahun 1997. Satu ucapan sarat dengan idea, pemikiran yang bernas untuk direnung, dikaji dan oleh kita semua. Selamat belajar!
...........................................................................................................
Saya ucapkan terima kasih kepada Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) kerana menjemput saya untuk berucap di Persidangan Serantau "Menghadapi Abad 21: Reformasi dan Cabaran Umat Islam Serantau" pada hari ini.
2. Untuk merancang masa depan, kita perlu menoleh ke belakang dahulu supaya kita tahu dari mana kita datang. Jika kita tidak tahu dari mana kita datang, kita mungkin menuju ke belakang walaupun kita percaya kita sedang maju ke hadapan.
3. Demikian untuk menghadapi Abad ke-21 Masihi -- zaman maklumat dengan teknologi yang canggih yan gakan menukar cara hidup manusia, dengan sempadan antara negara-negara tidak lagi dapat menghalang kemasukan maklumat dan segala kegiatan, ekonomi, kewangan, sosial dan budaya bersama cabaran baru yang akan datang dengan perubahan-perubahan ini -- kita perlu mencari iktibar, panduan dan pelajaran dari sejarah, sejarah dunia serta sejarah Islam dan umat Islam.
4. Ini tidak bermakna kita akan mendapat semua jawaban secara tepat daripada mempelajari sejarah Islam. Tetapi kita mungkin boleh mengetahui bagaimana pendekatan dan strategi umat Islam yang begitu berjaya pada mulanya telah menjadi tidak sesuai dan membawa keburukan kemudian. Sekurang-kurangnya kita akan kenal apa yang tidak berkesan dan tidak harus diguna dalam menangani masalah-masalah tertentu yang mungkin ada persamaannya dengan cabaran dan masalah yang akan kita hadapi di masa hadapan.
5. Jika sejarah Islam diikuti secara tidak mendalam sekalipun, jelas sekali orang Arab Jahiliah, yang mundur, yang tinggal di padang pasir, yang berbudaya kolot sehingga sanggup membunuh anak sendiri, yang berperang sesama sendiri sepanjang masa, yang taksub dengan kabilah masing-masing; Arab yang jahil seperti ini, apabila menerima Islam dan mengikuti ajarannya telah berjaya mendirikan sebuah empayar yang amat besar dan mencipta tamadun yang tinggi yang jauh lebih moden dari tamadun Yunani dan dan Rumawi semasa. Dari Sepanyol hingga ke benua China ajaran Islam dikembangkan oleh bekas orang Arab yang jahil ini sehinggalah separuh daripada umat manusia menerima agama Islam dan menukar cara hidup mereka, menukar bahasa dan tulisan mereka. Jika kita ingat bahawa sebahagian besar daripada orang Arab termasuk Nabi Muhammad s.a.w. sendiri buta huruf, pencapaian Arab yang telah diIslamkan ini lebih mengkagumkan. Sebenarnya dalam jangkamasa hanya seratus tahun selepas hijrah ke Madinah, orang Arab padang pasir yang jahil ini, hanya dengan menerima dan menganuti Islam dan ajaran Islam, telah mendirikan sebuah empayar Islam yang begitu besar dan kuat. Perkembangan Islam selepas itu tidaklah begitu menakjubkan, walaupun ia terus diusahakan di sana sini dengan jayanya.
6. Kita juga tahu dari sejarah bahawa selepas orang Islam diusir dari Sepanyol pada tahun 1492, Empayar Islam Turki pula muncul di Eropah Timur dan Asia Tengah. Tetapi Empayar Islam Turki juga akhirnya merosot sehinggalah Turki bukan sahaja tidak lagi menjadi pusat Empayar Islam, sebaliknya Turki menolak Islam dalam pentadbirannya dan mengisytiharkan negaranya sebagai negara sekular yang tidak lagi terlibat dengan dunia Islam.
7. Naik turunnya Islam dan umat Islam dalam sejarah tentu mempunyai kaitan yang rapat dengan agama yang dianuti oleh mereka. Tetapi kenapakah di peringkat awal apabila Arab Jahiliah menganuti agama Islam mereka telah menjadi umat yang begitu dinamik? Jawapannya ialah semakin lama semakin banyak ajaran yang tidak berasas kepada Islam yang sebenar telah disebarkan. Dan semakin lama, semakin ramai orang Islam dan pemimpim-pemimpin mereka yang terlibat dengan rebutan kuasa, dengan masing-masing mendakwa bahawa mereka berjuang untuk Islam.
8. Sebab itu antara empat Khalifah Al-Rashidin, tiga mati dibunuh. Hanya Saidina Abu Bakar, Khalifah yang pertama sahaja yang tidak dibunuh. Saidina Abu Bakar terkenal dengan sifat merendahkan diri. Apabila dilantik Khalifah, beliau menyuruh siapa sahaja menegurnya jika ia bersalah, kerana beliau mengakui ia adalah manusia dan bukan Nabi. Pembunuhan Saidina Omar dan Osman tentulah kerana ada antara penganut agama Islam yang tidak bersetuju dengan kepimpinan khalifah-khalifah ini.
9. Tetapi apabila Saidina Ali dilantik menjadi khalifah tentangan terhadapnya menjadi amat ketara. Peperangan berlaku di antara Saidina Ali dan Muawiyah yang akhirnya tamat dengan Saidina Ali dan Muawiyah yang akhirnya tamat dengan Saidina Ali dibunuh dan umat Islam berpecah kepada dua mazhab, puak Sunni dan puak Syiah. Perbezaan antara Sunni dan Syiah begitu besar, namun masing-masing mendakwa bahawa agama mereka adalah agama Islam. Bagaimanakah agama yang satu yang dibawa oleh Rasulullah boleh menjadi dua agama yang begitu berbeza? Tentulah satu daripada dua ini bukan Islam atau yang lebih mungkin lagi ialah masing-masing mempunyai tafsiran dan ajaran yang benar dan juga yang salah. Yang jelas ialah perbezaan tafsiran dan ajaran Islam di antara kedua-dua mazhab ini disebabkan oleh rebutan politik, iaitu keinginan untuk menjadi khalifah oleh pemimpin tertentu.
10. Tetapi tafsiran yang berlainan berkenaan agama Islam tidak berhenti-henti dibuat. Sama ada kerana masalah yang dihadapi dengan peredaran zaman atau kerana politik kepimpinan dalam kedua-dua mazhab, ijtihad dan ijmak kerap dibuat oleh alim ulama yang mengeluarkan beribu-ribu fatwa sepanjang masa. Di waktu yang sama, ada sahaja ulama yang mentafsir dan membuat fatwa sendiri dan mendirikan kumpulan-kumpulan tarikat dan kumpulan-kumpulan lain. Untuk membantu dakwaan mereka ramai yang mencipta hadis yang tidak mempunyai asas yang benar.
11. Demikian hanya 200 tahun selepas Hijrah, Bukhari mengumpul dan mengkaji hadis-hadis yang dipercayai oleh orang Islam di zamannya, berjumlah hampir 600,00 hadis. Daripada jumlah ini Bukhari mengesahkan hanya 70000 hadis. Beliau menolak lebih kurang 593,00 hadis yang pada pendapatnya adalah tidak sahih atau palsu.
12. Pengkaji-pengkaji hadis yang lain seperti Muslim dan Tarmizi menerima kurang daripada 7000. Ada hadis yang dianggap sahih oleh Bukhari ditolak oleh ulama-ulama lain yang mengkaji hadis dan sebaliknya.
13. Keadaan ini berlaku hanya 200 tahun selepas Hijrah. Kemudian dari itu banyak lagi hadis yang dicipta oleh orang lain. Dan banyak pendapat, tafsiran dan fatwa yagn dibuat melalui ijtihad, ijmak dan kias. Ada pula antara fatwa-fatwa ini kemudian didapati salah dan tidak dipersetujui oleh ulama-ulama yang datang kemudian, dan dengan itu dibatalkan. Penutupan pintu ijtihad tidak menghentikan fatwa-fatwa terus dibuat tanpa proses yang secocok dengan ajaran Islam. Tafsiran-tafsiran berlainan antara satu dengan yang lain terus dibuat.
14. Hakikatnya ialah selama 1400 tahun sejarah Islam dan orang islam, mereka terdedah kepada bermacam-macam ajaran yang semuanya didakwa adalah ajaran Islam, yang sering bertentangan antara satu sama lain, sehinggakan mereka menjadi amat keliru. Daripada ajaran yang begitu sempit yang menolak dunia dan ingin mengembalikan kepada keadaan 1400 dahulu, kepada yang mengasingkan Islam dan menerima sekularisme, terdapat seribu satu kepercayaan yang menjadikan orang Islam sesat dan hilang akal.
15. Apakah umat Islam yang begini dapat menghadapi cabaran Abad ke-21 Masihi di mana dunia sudah menjadi sebuah kampung, dengan kecanggihan teknologi maklumat, roket, laser, kapal angkasa dan bom nuklear? Dalam dunia yang dikuasai oleh kuasa-kuasa besar yang tidak satu pun terdiri daripada negara Islam, yang begitu tidak adil sehingga rela menyerah orang Islam yang tidak bersenjata untuk disembelih oleh musuh mereka, yang mampu dan sanggup mengepung negara Islam yang bebas sehingga rakyat mati lapar; apakah orang Islam yang bermusuh-musuhan sesama sendiri, yang keliru dengan ajaran agama mereka, yang begitu kolot, miskin dan lemah dapat menikmati apa-apa di zaman maklumat Abad ke-21?
16. Jawapannya ialah mereka tidak akan mendapat apa-apa nikmat, bahkan mereka akan menjadi lebih lemah lagi dan akan ditindas dan dijajah secara langsung dan tidak langsung.
17. Tetapi nasib sebegini tidak sepatutnya menimpa umat Islam. Jika kita rujuk kepada sejarah, kita akan dapati bahawa kemajuan dn perkembangan islam dan Empayar Islam dalam abad-abad awalan adalah kerana tafsiran-tafsiran, hadis-hadis ciptaan dan fatwa cetek belum begitu banyak untuk mengelirukan umat Islam. Justeru itu, mereka tidak dihalang daripada mempelajari, menguasi dan menokok tambah segala ilmu duniawi yang telah diterokai oleh tokoh-tokoh Yunani dan Rumawi. Mereka mengalihbahasa segala ilmu ini dan membuat kajian yang mendalam sehingga ilmu duniawi mereka lebih tinggi daripada mana-mana tamadun lain. Merekalah yang mencipta ilmu Astronomi, Algorithm, pelayaran, perubatan, Aljibra dan cabang-cabang hisab yang lain. Mereka cekap dalam penggunaan logam sehingga Damsyik menjadi terkenal dengan besi waja yang terbaik sekali untuk senjata.
18. Semua ilmu ini dituntut kerana tidak ada larangan bahawa hanya yang khusus berkenaan agama sahaja yang boleh dipelajari oleh umat Islam. Mereka tahu Al-Quran menyuruh umat Islam melihat segala kejadian Tuhan -- gunung-ganang, langit dan bumi, hujan, tumbuh-tumbuhan, binatang yang menjadi makanan, kenderaan dan pakaian bagi manusia, bulan dan bintang, siang dan malam, iklim dan musim dan segala-gala yang dijadikan oleh Tuhan untuk umat manusia. Makna melihat tokoh-tokoh Islam dahulu tidak terhad kepada melihat sahaja tetapi meliputi menyelidik dan mempelajari segala-gala yang dijadikan oleh Tuhan supaya faedahnya boleh dinikmati oleh umat manusia.
19. Sebuah hadis ada berkata: "Tuntutlah ilmu sehingga ke negeri China ". Apabila sahaja hadis ini disebut maka dengan pantasnya mereka yang tidak bersetuju mendakwa bahawa itu adalah hadis dan bukan firman Tuhan dalam Al-Quran. Apabila mereka tidak bersetuju dengan sesuatu hadis maka dengan pantang mereka menidakkan hadis sebagai punca ajaran Islam. Tetapi jika hadis itu menyokong pendapat mereka, maka mereka tidak berhenti-henti menyebut hadis itu, walaupun kesahihannya boleh dipertikaikan. Menuntut ilmu di negeri China tentulah bukan berkenaan agama Islam. Di zaman Rasulullah, orang Cina sudah terkenal dengan berbagai-bagai ilmu yang ada pada mereka seperti perubatan, penulisan dan kertas, bahan letupan dan bermacam-macam lagi.
20. Dengan kerana orang Islam dahulu mengejar ilmu seperti yang dituntut oleh hadis maka mereka menjadi orang yang bijak dan cekapm dapat memahami akan segala kurniaan Tuhan dan kegunaannya bagi menjayakan diri mereka dan agama Islam. Maka dapatlah mereka mendiri empayar Islam yang berwibawa dan besar, mengisikan empayar ini dengan pusat-pusat ilmu, mengadakan perusahaan-perusaha an, menguasai perniagaan dan dagangan bukan sahaja dalam empayar Islam tetapi di seluruh dunia, memodenkan pertanian dengan menggunakan teknik kejuruteraan pertanian yang canggih dan lain-lain lagi.
21. Malangnya di tengah-tengah kemajuan umat Islam ini muncul tokoh-tokoh yang mempertikaikan ketulenan agama Islam yang diamalkan oleh orang Islam di zaman kemajuan. Mereka mula menolak segala ilmu yang mereka dakwa tidak Islam dan tidak perlu dipelajari oleh orang Islam. Mereka, terutama yang menumpu kepada soal-soal feqah, mencipta dan mengembangkan ajaran mereka supaya orang Islam takut membuat atau mempelajari apa sahaj yang didakwa sebagai tidak Islam oleh mereka. Pusat-pusat pengajian tinggi Islam tidak lagi dibekal dengan buku-buku sains dan falsafah yang tidak khusus berkenaan dengan Islam. Khutub-khanah yang besar-besar tidak lagi didirikan dan yang ada tidak lagi mempunyai buku-buku berkenaan ilmu-ilmu yang diterokai oleh orang Yunani dan bangsa-bangsa lain, atau kajian tentang ilmu-ilmu ini pendita-pendita Islam. Banyak kitab di musnah oleh puak anti-ilmu yang dianggap tidak khusus berkenaan Islam.
22. Sebaliknya perbahasan yang hebat diadakan berkenaan dengan apa dianya agama Islam yang tulen dan apa hukum-hakan Islam berkenaan dengan apa yang ditafsir sebagai jenayah dalam Islam. Dengan diperakui dan diperkenalkan hukum-hukum yang berasaskan kepada tafsiran yang sempit, maka umat Islam menjadi kaku dan statis dan tidak dapat maju ke hadapan lagi.
23. Beberapa gerakan reformasi di Afrika Utara dan di tempat-tempat lain muncul dengan pemimpin yang mendakwa mereka adalah Imam Mahadi yang datang untuk membersihkan Islam sebelum kiamat. Mereka ini berperang dengan siapa sahaja daripada orang Islam yang tidak mengiktiraf mereka. Di Sepanyol kumpulan-kumpulan ini berjaya menjatuhkan pemerintahan dan memaksa ajara mereka yang amat sempit diterima. Maka bertambah mundurlah orang Islam sehingga akhirnya mereka diusir dari Sepanyol dan tidak dapat menyelamatkan diri walaupun di Afrika Utara.
24. Sejarah Empayar Turki juga demikian. Kongkongan Sultan-Sultan Turki oleh puak ulama yang berkepentingan menyebabkan Turki tidak dapat menyesuaikan diri dengan peredaran zaman. Tentera Turki menjadi lemah, sering memberontak melawan Kerajaan kerana masalah pakaian dan senjata yang dikatakan tidak Islam. Akhirnya Turki ditakluk oleh kuasa-kuasa Barat. Para intelek dan kepimpinan tentera Turki menjadi begitu kecewa dengan Islam Turki sehingga mereka mendakwa negara yang dibebaskan oleh mereka sebagai negara sekular.
25. Kejatuhan empayar Islam Arab dan Turki adalah disebabkan oleh orang Islam pada zaman-zaman ini menolak ilmu yang ditakrif sebagai ilmu duniawi yang didakwa tidak perlu bahkan dilarang bagi umat Islam. Dengan pengetahuan dalam bidang hisab, sains, ilmu dan bidang-bidang lain yang penting untuk meningkatkan kecekapan dalam bidang pentadbiran dan pembangunan negara dan ummah berkurangan, maka orang Islam dan agama Islam tidak dapat menangani dan menghadapi cabaran dunia yang semakin lama semakin pesat berubah.
26. Abad ke-21 Masihi sudahpun dikenali sebagai abad yang amat mencabar. Teknologi moden termasuk teknologi maklumat akan mengubah secara radikatl cara hidup manusia. Tidak ada sesiapa yang boleh mengasingkan diri daripada masyarakat dunia dan teknologi yang canggih ini. Manusia boleh kemana-mana sahaja dalam jangkamasa kurang dari sehari. Manusia boleh bersemuka dan bercakap dengan siapa sahaja di mana-mana tempat di dunia `in real time' seoleh-olah berada dalam bilik yang sama. Mengutus orang yang membawa surat diganti dengan perhubungan secara `instant' melalui Internet. Sesiapa yang memperolehi maklumat dan tahu menggunanya akan menguasai politik dan ekonomi dunia. Demikian juga peperangan akan dimenangi oleh mereka yang mendapat dan tahu mengguna maklumat yang terkini.
27. Berbagai-bagai alatan yang hampir ajaib boleh dicipta dan diperbuat oleh mereka yang mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam bidang-bidang tertentu. Demikianlah kuasa mereka yang memiliki teknologi ini sehingga mereka boleh lakukan apa sahaj termasuk menindas orang Islam dan negara-negara Islam.
28. Di Bosnia mereka mengizinkan pembunuhan beramai-ramai orang Islam dilakukan di hadapan mata mereka. Lebih buruk lagi mereka merampa senjata orang Islam supaya mereka boleh dibunuh dengan lebih mudah oleh musuh orang Islam. Di Chechnya , Pakistan dan Selatan Asia, begitu juga.
29. Tetapi orang Islam lain tidak dapat membuat apa-apa apabila ketidakadilan ini berlaku. Mereka tidak pun berani menyuara tentangan mereka. Demikianlah nasih orang Islam hari ini dan demikian jugalah nasib mereka dalam Abad ke-21 selagi mereka menolak ajaran-ajaran Islam supaya mampu mempertahankan umat Islam, supaya menuntut ilmu untuk maksud ini, supaya mengejar kebahagian di dunia di samping kebahagian di akhirat.
30. Memanglah ilmu agama perlu dipelajari tetapi ada sebab kenapa semua orang Islam mesti mengkhusus dalam bidang ini sahaja. Apakah semua pelajar Islam perlu menjadi pakar dalam bidang agama sehingga tidak ada yang mempelajari bidang-bidang lain yang boleh memajukan dan menyelamatkan umat Islam? Apakah tidak penguasaan bidang-bidang lain yang penting untuk menyelamatkan orang Islam tidak menjadi sebahagian dariapda fardu kifayah? Apakah masyarakat Islam tidak berdosa kerana tidak ada antara mereka pakar-pakar dalam bidang-bidang yang boleh menyelamatkan orang Islam? Apakah tidak bersalah orang Islam kerana hari ini tidak ada satu pun kuasa besar Islam? Apakah tidak bersalah orang Islam jika kerana lemah dan kecewa mereka menolak persaudaraan dalam Islam dan bermusuh-musuhan sesama sendiri? Apakah tidak bersalah masyarakat Islam amnya jika kerana kecewa dengan kelemahan orang Islam disebabkan oleh pengabaian ilmu-ilmu lain yang penting, ada orang Islam yang menolak Islam dan menjadikan negara mereka sekular.
31. Kita akui ilmu sahaja tidak akan menjamin Islam dan umat Islam selamat. Untuk ini banyak lagi ajaran Islam yang penting yang perlu diamalkan. Agama Islam menyuruh orang Islam bersaudara. Sebaliknya mereka berperang sesama sendiri kerana ada yang mendakwa diri mereka sahaja yang Islam dan yang lainnya kurang Islam, bahkan murtad. Ini sedang berlaku di kebanyakan negara Islam, bahkan di Malaysia ini pun ada yang mudah membuat keputusan bahawa mereka sahaja yang Islam dan orang lain murtad.
32. Al-Quran juga menyuruh kita bersabar. Usaha memulih kekuatan umat Islam dan negara Islam tetap memakan masa yang lama. Ia memerlukan kepada politik yang stabil, pentadbiran yang cekap, penguasaan ilmu, pengumpulan kekayaan, pemilikan perusahaan yang canggih dan pembangunan pertahanan yang berkemampuan menyelamatkan negara dan umat Islam. Tetapi ramai orang Islam terutama puak pelampau tidak sabar, suka mengambil tindakan yang gopoh, tidak terancang, memberontak dan mengganas dengan tidak tentu hala, terutama terhadap orang Islam lain. Kerana tindakan tanpa persiapan yang cukup, mereka membazirkan kekuatan yang sedikit yang ada pada umat Islam tanpa mencapai apa-apa kejayaan atau kemajuan. Sebaliknya mereka mencetuskan keadaan kucar kacir dalam negara-negara Islam dan melemahkan lagi umat Islam. Mereka sebenarnya secara tidak langsung atau tidak sedar bersubahat dengan musuh-musuh Islam, termasuk puak Zionis.
33. Kerana mereka ini, hampir tidak ada negara Islam yang dapat ditadbir dengan baik dan dibangunkan. Tidak ada negara Islam yang bersedia untuk menghadapi cabaran Abad ke-21. Sementara bangsa dan penganut agama lain menjadi lebih maju dan lebih kuat, sementara kuasa-kuasa dunia menjadi lebih angkuh dan menindas umat Islam, orang Islam dan negara Islam terus mundur, lemah, berpecah-belah dan mudah diperalatkan oleh musuh-musuh Islam untuk melemahkan lagi umat Islam. Mereka sering menuduh musuh-musuh Islam memecahbelahkan mereka tetapi kesedaran ini tidak mendorong mereka untuk menghentikan kegiatan mereka yang tidak menguntungkan umat Islam.
34. Memandangkan keadaan ini apakah reformasi yang diperlukan oleh umat Islam di mana-mana sahaja yang boleh menyedia dan menjayakan mereka dalam menghadapi Abad 21? Reformasi yang diperlukan ialah reformasi yang boleh mengembalikan umat Islam kepada ajaran Islam yang tidak dicampur-aduk dengan berbagai-bagai tafsiran, ajaran dan fatwa songsang yang dibuat selama 1400 tahun selepas Hijrah.
35. Reformasi ini perlu mengambilkan umat Islam kepada ajaran-ajaran Al-Quran dan sunnah Nabi yang diketahui umum telah berlaku di zaman Nabi. Ini termasuklah bagaimana masalah-masalah tekanan oleh Arab Jahiliah Kuraish ditangani oleh Nabi dan penganut-penganut Islam yang awal. Ini termasuklah juga keadaan yang diketahui umum terdapat di Madinah, serta falsafah perjuangan secara diplomatik dan ketenteraan untuk menawan Mekah.
36. Yang kita tahu daripada ajaran Al-Quran dan Hadis ialah persaudaraan di kalangan orang Islam diutamakan. Mereka tidak berperang sesama sendiri kerana perbezaan pendapat berkenaan soal rupa bentuk Islam. Di zaman Nabi, persaudaraan dalam Islam menjadi perkara utama.
37. Memang benar segala masalah agama dapat dirujuk kepada Nabi untuk diselesaikan. Tetapi ajaran Islam menentukan cara penganut agama Islam menyelesaikan masalah dalam masyarakat Islam -- iaitu secara bermusyawarah. Semua pihak berhak menyuarakan pendapat tetapi keputusan yang diputuskan melalui musyawarah hendaklah dipatuhi oleh semua. Tidak ada siapa, termasuk khalifah-khalifah, boleh membuat keputusan sendiri yang tidak boleh disoal dan dipaksa ke atas masyarakat Islam.
38. Sudah tentu tidak ada kumpulan-kumpulan kecil yang taksub dengan ajaran dan tafsiran mereka sendiri yang mengganas untuk memaksa penerimaan pendapat mereka ke atas masyarakat keseluruhannya. Semua pihak adalah toleran. Nabi sendiri tidak memaksa anggota keluarganya yang tidak menerima Islam supaya menerimanya.
39. Umat Islam di zaman Nabi sabar, tabah hati, disiplin dan patuh kepada kepimpinan Nabi. Mereka tidak dilarang bekerja walaupun pada hari Jumaat, mengejar segala ilmu duniawi dan mencari kekayaan yang halal.
40. Mereka dipertanggungjawabk an untuk mempertahankan umat Islam. Yang utama ialah keselamatan dan pertahanan dan bukan cara melakukannya atau alat yang digunakan. Justeru itu, jika pertahanan memerlukan senjata-senjata lain maka senjata yang lain ini mestilah dicipta dan digunakan. Jika untuk ini ilmu tertentu perlu dipelajari, tentulah salah jika ilmu-ilmu ini diabaikan.
41. Juga untuk menyelamatkan orang Islam, kerajaan yang stabil dan kuat diperlukan. Kepimpinan Islam mestilah dipilih melalui musyawarah, satu cara yang demokratik, dan bukan cara penipuan atau cara menakutkan orang Islam dengan ajaran yang tidak benar.
42. Perbezaan pendapat dan ajaran tetap ada dalam masyarakat Islam. Sementara yang sesat perlu dikembalikan ke jalan yang benar tetapi caranya hendaklah lebih bijak melalui musyawarah dan bukan tekanan, penindasan dan ketidakadilan. Jika persetujuan tidak dapat dicapai, sikap toleran dan persaudaraan hendaklah diamalkan. Percubaan secara keras yang hanya membawa perpecahan dan rusuhan yang berlarutan hendaklah dielak.
43. Pendek kata menghadapi Abad 21 dengan cabaran-cabaran dunia zaman maklumat, reformasi yang diperlukan ialah reformasi nilai-nilai hidup yang dipegang oleh umat Islam supaya ianya lebih berasaskan kepada ajaran Islam yang tidak dicampur-aduk dengan ajaran-ajaran dan tafsiran-tafsiran agama yang mengelirukan dan tidak berasas kepada al-Quran atau hadis yang sahih.
44. Keadaan sebenar yang terdapat di zaman ini mesti diakui. Penipuan diri akan kebenaran yang sebenar akan menggagalkan usaha menangani cabaran Abad ke-21. Reformasi utama ialah Reformasi pemikiran di kalangan mereka yang terkongkong dengan ajaran-ajaran yang tidak sebenarnya berasas kepada Islam yang mengelirukan umat Islam.
Wednesday, June 27, 2007
Secebis kehidupan di bumi Malaya!
Adakalaanya dalam hidup ini kita terlalu buruk sangka dengan seseorang. Menuduh, mengata dan mengumpat adalah merupakan sesuatu yang seronok untuk kita lakukan. Kita seronok bila mendengar kelemahan dan keburukan orang lain. Apabila orang lain pula membuat perkara yang sama kepada kita maka kita akan marah. Maka berlakulah konflik dalam masayarakat disebabkan oleh prasangka yang buruk.
Pepatah ada mengatakan “Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa”. Santan yang berasal dari kelapa merupakan salah satu dari sumber masakan orang melayu. Santan yang putih bersih, apabila dicampurkan dengan pulut maka ia tidak lagi boleh digunakan untuk masakan lain. Namun begitu jika campurkan pula dengan manisan, dimakan dengan mangga atau durian – sudah pasti membuatkan kita semua meleleh air liur.
Cerita tentang air liur, seorang kawan cerita tentang percutian ke Indonesia. Dia cakap cewek-cewek semuanya cun melecun sampai meleleh air liur. Pendek kata kalau tak kuat iman, dah tentu hanyut dalam lautan dang-dut. Itu bila pikir balik, patutlah ahli politik kita seronok sangat pergi ke Indonesia ni. Mereka mungkin pergi untuk menguji kekuatan keimanan serta mencari kedamaian. Ya lah! Nak berjuang ni, kenalah hadapi cabaran dulu. Maka kita pun kena lah berbaik sangka lah dengan mereka.
Mungkinkah pak lah kerap keluar negara untuk berlatih memperkuatkan diri dengan cabaran-cabaran ini. Al maklumlah, nak hadapi cabaran-cabaran dalam negara yang semakin menjadi-jadi sekarang ni. Nasib baik dia tak pergi ke Mongolia. Kalau tak semua orang akan ingat dia pergi merancang strategi bagaimana untuk memerintah Malaysia. Ya lah, nak memerintah negara Malaysia ni bukan senang – rakyatnya bodoh-bodoh belaka. Mungkin itu sebab ada yang kata kita ada dua orang perdana menteri untuk memerintah!
Ada orang kata Perdana menteri kita bukan Pak Lah. Bab ni kita tak boleh berbaik sangka dengan orang yang mengata. Sudah pasti mereka yang berkata demikian tidak mengikuti perkembangan politik di Malaysia. Sejak bila pulak Pak lah mati sampai ada yang kata Khairy Jamaluddin adalah perdana menteri Malaysia. Kita nak bagi tau kat depa, yang mati itu isteri kepada perdana menteri Malaysia! Bukannya Pak Lah! Khairy Jamaluddin tidak pernah mengangkat sumpah pun sebagai perdana menteri. Jika ada pun beliau menjalankan tugas-tugas sebagai perdana menteri maka ia mungkin disebabkan PM meminta bantuan kepada beliau dalam tugasan tertentu. Biasalah jadi PM ni bukan mudah! Perdana Menteri memang seorang yang sangat sibuk! Semua orang tau. Itu sebab bila ada orang nak jumpa beliau selalu tak dapat. Maka berbaik sangka lah kita kepada Pak Lah.
Ada orang cerita, PM suka sangat masakan isterinya. Pantang ada masa, beliau akan balik makan kat rumah. Biasalah rumah dengan pejabat pun bukannya jauh sangat – tak macam kita ni yang nak balik rumah pun berjam-jam. Semua orang pun kagum lah dengan kehebatan Pak Lah ni. Biasalah bukan senang nak cari suami yang macam tu zaman sekarang – suami-suami lain biasanya akan makan kat luar – memakan masakan minah-minah indon kat gerai tepi jalan. Tapi PM kita sanggup balik makan kat rumah. Tapi bila arwah endon tiada, PM selalu jugak balik rumah makan. Kita pun naik confius jugak, tapi lagi sekali kita berbaik sangka. Bila ura-ura PM kawin dengan Jeanne jadi kenyataan, kita pun tersenyum sendiri. Tapi tu lah orang kita ni, pasal makan minum PM pun kita nak ambil tau. Sekali sekala kita terfikir juga yang PM kita ni dah jadi selebriti la kot. Walau apa pun, kita tumpang gembira jugak lah, PM kita tak payah nak main sorok-sorok lagi.
Main sorok-sorok ni seronok jugak. Masa kecik-kecik dulu kita seronok main sorok-sorok dengan kawan-kawan. Sebab permainan ini free! Tak macam permainan budak-budak sekarang ni yang nak main perang-perang pun kena bayar. Nak buat cammana kan, hidup zaman ni semuanya pakai duit. Nak berak pun kena bayar, apatah lagi kalau nak pegi jalan-jalan. Ada kereta sendiri pun nak kena bayar minyak dan tol yang semakin mahal. Tol pun bukan sikit-sikit tu, sekali naik , mak aii – poning kepala deng! Orang yang kerja macam kita ni pun terasa, apatah lagi orang yang gajinya kecik. Tak pe lah gaji kita kecik tapi kita bangga sebab kita berjiwa besar. Kita tak merusuh, walaupun kita ditekan dengan pelbagai tekanan hidup yang semakin meruncing. Kita tak kisah PM kita berbelanja besar, sebab kita tau PM melakukan kerja untuk negara. Sebabnya kita cuba berbaik sangka.
Ada sesetengah kawan-kawan pula yang sekarang ini begitu mengharap akan perubahan pucuk pimpinan negara. Ada yang masih meletakkan harapan kepada Tengku Razaliegh untuk menjadi PM. Tak salah untuk mengharap, Ada pula yang mengharap agar, Mahathir kembali memegang tampuk pemerintahan. Ada pula yang mengharap agar, Muhyidin Yasin menjadi PM. Namun, akhirnya kita kembali kepada realiti. Hidup ini bukan pertandingan reality yang melahirkan Mawi sebagai juara – walaupun begitu ramai, yang mengharap orang lain menjadi juara. Akhirnya semua sedar bahawa Mawi mempunyai lebih ramai pengikut.
Dalam begitu ramai yang mencemuh mawi, sebagai artis mee segera, banyak pula syarikat korporat yang cuba menjadikan mawi sebagai duta produk mereka. Bagi mereka, dari mana datangnya mawi tidak lagi penting, tetapi yang lebih penting bagaimana mawi mampu meningkatkan jualan mereka! Itu sebabnya mawi dan kj mempunyai persamaan. KJ juga adalah produk mee segera yang meletup kesan dari perlantikan mertuanya sebagai PM. Orang tak kisah tentang dari mana KJ datang. Jika beliau datang dari perkampungan orang asli sekali pun – sapa yang kisah! Tetapi sekiranya beliau membuat iklan menawarkan diri untuk mencari rakan kongsi perniagaan – sudah pasti boleh jem pejabat pos!
Namun kita tidak boleh menghukum KJ jika ini berlaku. Marilah kita sama-sma berbaik sangka. Memang takdir telah menentukan bahawa beliau akan menjadi suami kepada nori dan menantu kepada perdana menteri Malaysia. Siapa dikalangan kita yang mampu mengubah takdir ini? Begitu juga dengan Mukriz, beliau juga telah ditakdirkan untuk menjadi anak kepada seorang perdana menteri. Jika diberi pilihan, sudah tentu beliau akan memilih untuk tidak menjadi anak kepada seorang perdana menteri bernama mahathir. Kerana mahathir telah membiarkan beliau menaiki takhta politik dengan cukup perlahan! Sudah pasti beliau juga bercita-cita untuk menjadi ketua pemuda UMNO tetapi beliau sedar bahawa peluangnya begitu tipis sekali diwaktu ini. Malah kini beliau terpaksa bersaing menaiki takhta politik sebagai seorang pemuda UMNO biasa yang mungkin terpaksa bersaing pula dengan menantu seorang perdana menteri! Seandainya beliau berjaya, sudah pasti kejayaannya tiada kaitan dengan kedudukan bapanya, malah beliau berjaya dikala bapanya sedang diperlekehkan oleh kebanyakan pemimpin UMNO! Namun sekali lagi kita perlu berbaik sangka. Mungkin orang UMNO terpaksa menghina mahathir demi menjaga kepentingan negara!

Begitulah suatu kisah kehidupan yang cuba kita paparkan untuk tontonan kita semua. Suatu cerita masyarakat melayu kita yang penuh dengan konflik kepentingan serta pelakon-pelakon yang penuh dengan hipokrasi dan konspirasi demi mencapai puncak kuasa dan kepuasan duniawi sehingga adakalanya mereka lupa begitu ramai penonton yang sedang memerhatikan lakonan mereka dipentas dunia. Namun, walau apa pun yang berlaku, kita sebagai penonton kenalah berbaik sangka sesama kita agar konflik dapat kita hindari dan negara ini dapat kita majukan! - Mohamad Alimin
Tuesday, June 26, 2007
Mampukah melayu mengharungi dunia perniagaan?
Beberapa hari lepas, seorang teman mengajak minum. Apa yang menariknya, topik kali ini banyak menjurus kepada dunia perniagaan. Memandangkan beliau juga adalah melayu, maka topik perniagaan orang melayu menarik minat untuk diulas.
Sebagai anak muda melayu yang bercita-cita tinggi dalam bidang perniagaan, beliau memulakan perniagaan di usia begitu muda. Semangat Malaysia Boleh! – menjadi pendorong. Hingga ke kini, beliau masih mampu mengharunginya. Sedikit sebanyak beliau berjaya, walaupun tidaklah sehebat kejayaan yang diperolehi oleh seorang “ahli perniagaan” terkenal bernama Khairy Jamaluddin.
Berbeza dengan KJ, beliau terpaksa mengharungi segalanya tanpa meminta ihsan dari sesiapa. Dengan modal yang kecil, segalanya menjadi begitu sukar. Mengharap sebarang bantuan dari pak mentua jauh sekali - dari dewan perniagaan – jauh panggang dari api. Meminta pinjaman dari bank – umpama seorang pengemis meminta sedekah dari lintah darat. Jika pun diberi – the end of the day, ia akhirnya seumpama membunuh diri! Begitulah sebahagian ranjau dan rintangan yang dihadapi beliau dan ramai lagi anak muda melayu yang sedang dan telah menceburi dunia perniagaan.
Semua cabaran itu akhirnya, sedikit sebanyak terpaksa diredah jua tanpa sebarang pilihan. Proses yang dilalui ini telah digambarkan oleh seorang ahli perniagaan melayu (yang juga mentornya) sebagai “Proses seekor kucing kurap menjadi kucing!”. Begitulah sukarnya untuk menjadi kucing. Cabaran untuk menjadi harimau tentunya jauh lebih besar melainkan kita ini menantu seorang kenamaan!
Dunia perniagaan terlalu banyak cabarannya. Bukan semua mampu mengharunginya. Telah ramai yang kecundang dipertengahan jalan. Ada yang berjaya namun akhirnya leka dengan nikmat duniawi, implikasinya – segala yang dibina hilang sekelip mata! Mereka ini lah yang digelar sebagai “Typical Malay”. Di kala itu ramailah yang mencemuh dan menghina! Tatkala mereka ini bertungkus-lumus dalam dunia perniagaan tak kurang pula yang memandang mereka dengan penuh minat - hanya menunggu mereka jatuh untuk bersorak dan bertepuk tangan. Ironinya yang bertepuk dan bersorak dengan kejatuhan orang melayu itu adalah orang melayu sendiri.
Ada pula yang hanya mengambil jalan mudah untuk mendapatkan kekayaan dengan menjual kontrak – mereka ini bukan ahli perniagaan! Gelaran yang sesuai bagi mereka adalah “budak hantu”. Ramai yang tersalah anggap bahawa mereka ini ahli perniagaan! Ada yang mengelarkan diri sebagai mat dispatch! Hakikatnya mat depatch pun malu nak mengaku! Semua ini dilakukan dengan kelebihan “connection & negotiation”. Kata mereka - ini lah cara mereka menjalankan perniagaan. Seorang rakan bertanya. Bolehkah dikatakan ini juga satu jenis perniagaan? Jawapan saya ringkas dan mudah. Jika saya jawab ya, perniagaan ini saya namakan sebagai BOP. Apa maksud nya? Seorang rakan cuba meneka “Business’s Professional ?” Jawab saya “Salah! BP – stand for Business of Pukimak!”
Kewujudan mereka inilah yang menyebabkan wujudnya matlamat DEB tidak dapat dijayakan. Akhirnya, ahli perniagaan melayu terpaksa bersaing dengan rakan perniagaan cina – bagi satu projek yang sepatutnya diberi kepada orang melayu! “Budak hantu” ini hanya memikirkan tentang “up front @ komisyen” yang nilainya tidak lah seberapa. Duit menjadi raja – tiada lagi pertimbangan berkaitan dengan kepentingan bangsa – moral jauh sekali!
Hari ini kesedaran dikalangan anak muda melayu untuk menceburi dunia perniagaan ini telah meningkat dengan mendadak! Telah ramai dikalangan mereka yang sedang bertarung dalam lautan perniagaan. Ada yang hanyut! Ada yang telah ditelan oleh sang jerung! Tapi yang lebih penting masih ada yang boleh bernafas dan berjaya! Mereka ini adalah golongan ahli perniagaan melayu yang mempunyai jati diri unggul! Mereka berjaya bukan kerana rezeki yang datang bergolek atau jatuh dari langit! Mereka berjaya kerana sikap, disiplin dan mentaliti yang betul untuk menjadi seorang ahli perniagaan dan sudah pasti mereka ini boleh diharap untuk menyumbang sesuatu yang cukup bermakna kepada agama, bangsa dan negara!
Sama-samalah kita tunggu akan kelahiran mereka.

Tuesday, June 19, 2007
Menjual & Mengadai Maruah Negara Adalah Jenayah!
Dalam beberapa hari lepas, kita telah dikejutkan dengan pelbagai isu yang panas dan akhirnya telah menarik perhatian banyak pihak. Akhirnya setelah mendapat komen dari tokoh-tokoh negara, maka isu ura-ura pemindahan UM ke sepang telah diberi kata putus oleh PM.
Sekurang-kurangnya untuk pertama kalinya Pak Lah telah melakukan sesuatu yang betul sebelum terlambat. Bayangkan sekiranya kita semua terlepas pandang! Sudah pasti ura-ura ini akan menjadi kura-kura! Hari ini semua orang boleh menarik nafas lega. Ura-ura ini telah pun dihentikan. Terima Kasih Pak Lah!
Perlu dingat bahawa masih banyak lagi isu-isu tertangguh yang memerlukan perhatian & pembelaan kita semua. Isu proton, isu penjualan pasir, isu DEB dan isu jambatan masih perlu untuk diperjuangkan. Itu tidak termasuk isu-isu lain yang belum didedahkan. Pendek kata dizaman ini kita semua sudah tidak mampu untuk tidur dengan lena lagi. Hati dan perasaan kita begitu risau, seandainya apabila bangun dari tidur kita telah pun dijual dengan harga yang tak masuk dek akal!
Apabila merenung kembali apa yang berlaku, kita akan teringatkan TDM. Kalaulah beliau masih ada, kalaulah beliau masih berkuasa, kalaulah beliau masih muda, dan seberapa banyak lagi kalau yang boleh kita ungkapkan, maka semua ini tak akan berlaku. Tapi sayangnya perkataan “kalau” hanyalah sampah! Bak kata seorang sahabat lama suatu ketika dulu “KALAU ni, babi pun tak nak makan! ”.
Semua mengakui bahawa TDM adalah seorang pemikir yang hebat! Sayangnya atas kerakusan sesetengah manusia mengejar kekuasaan, maka permata yang berharga, harta warisan bangsa ini telah pun kita sampahkan! Kita campakkan beliau ke satu sudut yang sunyi untuk mencari al-shafie dan al-ghazali serta mencari damai abadi. Kepada Tun, carilah damai abadi yang sebenar-benarnya. Bukan damai abadi duniawi yang tiada penghujungnya!
Dalam kesibukan kita membicarakan isu global, kita lebih seronok untuk mengundang tokoh-tokoh barat berbanding dengan pemikir hebat seperti TDM! Siapa Karen Amstrong? Seorang yang pernah menulis buku “A History of God to The Great Transformation?” – sebuah buku yang diharamkan oleh kerajaan kita. Baguslah! Haramkan bukunya dan kita jemput dia untuk bagi ceramah! Siapa yang bodoh sebenarnya? Hantuk kepala kat dinding dan Tanyalah kepala hotak anda yang hebat itu! Jangan pula nanti ada nak jemput Salman Rushdie datang bagi ceramah kat sini pulak!
Tapi nak buat macamana, hang nadim yang ada telah pun kita campakkan ke dalam tong sampah! So terpaksalah cari pemikir dari negara asing yang sudah pasti tahap kecintaan kepada agama, bangsa dan negara ini berada pada tahap sifar.
TDM akan terus hidup dalam jiwa kita. Percayalah mereka hanyalah mencampak seorang mahathir, namun hakikatnya – tatkala seorang mahathir terpaksa bersusah payah untuk keluar dari tong sampah tersebut – telah lahir 100 mahathir yang jauh lebih muda dan bertenaga untuk mempertahankan maruah agama, bangsa dan negara tercinta ini!
Saya yakin penasihat T4 yang membaca tulisan ini pun akan bersetuju, bahawa perjuangan untuk agama, bangsa dan negara ini adalah tanggungjawab kita semua – melainkan anda semua bersetuju bahawa anda adalah pengkhinat kepada bangsa dan negara Malaysia!
Seandainya anda semua bersetuju dengan saya, apa kata anda mencadangkan kepada PM untuk melancarkan kempen mencari dan menghukum pengkhianat kepada bangsa melayu dan negara Malaysia sempena bulan kemerdekaan ke 50 ini! Satu idea bernas, yang mampu menaikkan nama PM seterusnya memastikan kemenangan yang lebih besar dalam PRU akan datang. Mungkin pak syeikh (kickdefella) boleh menghasilkan poster khas sempena kempen ini. T4 pula boleh membantu dari segi penyebaran dalam media arus perdana yang dikuasai. Tajuk kempen yang dicadangkan “Menjual & Mengadai Maruah Negara Adalah Jenayah!”. – Alimin Othman
Nota kaki:
T4 adalah nama anak kucing bodoh anak saya yang dibeli kat pasar malam 2 minggu lepas. Tapi sekarang ni telah jadi bengong lepas anak saya campakkan ke dinding! Mungkin bateri rosak kot! Entahlah! Nak pegi repair pun tak berbaloi - beli pun, RM5 jer. Hehehehe.

Friday, June 15, 2007
ICT dan Pemimpin
Semasa bersembang dengan seorang teman, sambil membicarakan isu perkembangan ICT negara – seorang teman bertanya tentang tahap penggunaan teknologi maklumat dikalangan pemimpin khususnya UMNO. Berikut adalah sedikit petikan dari perbincangan tersebut.
“Aku dah hantar email kat si polan (seorang pemimpin politik)! Macam haram! Return back kat aku.- mail over quota!” – Maaf. Itu bahasa perbualan anak muda zaman sekarang – penulis.
“Aku rasa dia orang ni tak penah bukak email kot!”
“Entah-entah nak bukak email pun tak tau!”
“Tapi aku pernah hantar email kat Datuk Ruhanie! Cepat pulak dia reply!”
Pertanyaan demi pertanyaan membuatkan processor dalam kepalaku meningkatkan kelajuannya untuk memproses dan menganalisis setiap pertanyaan. Begitulah pertanyaan dari seorang anak muda yang cuba mencari kebenaran tentang apa yang berlaku.
Apabila orang muda ingin bertanya kepada orang yang lebih tua, maka sudah pasti ia menunjukkan sesuatu yang sangat positif. Dari pertanyaan yang diajukan, memperlihatkan sikap idealitistik yang biasa dimiliki oleh orang-orang muda sepertinya. Bagi mereka, dizaman ICT ini pemimpin seharusnya menggunakan sepenuhnya ruang komunikasi siber sebagai satu medium untuk berkomunikasi dengan rakyat. Sungguh tidak salah untuk beliau berfikiran sebegitu! Sudah pasti beliau dibesarkan dengan teknologi ICT!
Begitulah besarnya sumbangan kerajaan apabila melancarkan pelbagai insentif untuk memajukan ICT ini kepada rakyat hinggakan anak-anak yang kita besarkan dengan ICT ini merasa begitu hairan, bagaimana pemimpin tidak tahu atau tidak mahu menggunakan teknologi ini. Mereka menggaru kepala kehairanan! Sungguh pelik! Sungguh Ajaib! Begitu sekali......
Sekali lagi, jangan salahkan mereka!
Dikalangan pemimpin UMNO pula, berapa kerat sangat pemimpin yang mengikuti perkembangan dunia ICT. Realitinya memang begitu! Baru-baru ini saya berpeluang untuk minum semeja dengan ahli jawatankuasa pemuda UMNO di satu Bahagian. Apabila seorang teman membuka topik berkaitan ICT, mereka ini menjadi blur! Perkataan “ye ker?” lebih mudah untuk kita dengar. Minta maaf semua! Bukan niat untuk mengutuk sesiapa apatah lagi generasi pemimpin masa depan UMNO ini. Tapi apabila bercerita tentang projek , masing-masing begitu berminat. Sudah pastilah begitu, kerana itulah periuk nasi mereka. Lagi sekali, jangan salahkan mereka. Mungkin bagi kita isu ini nampaknya besar tetapi bagi mereka sebaliknya. Ada ICT ker, tak ada ker, sama saja. Bukan buleh buat aper pun! Betullah apa yang mereka fikirkan!
Kita perlu menerima hakikat bahawa perkembangan ICT dinegara ini masih lagi perlahan. Tahap akses terhadap dunia siber masih rendah. Percaya atau tidak jika saya katakan, mereka yang mempunyai akses internet, sebahagian besarnya dari golongan professional dan penduduk dikawasan bandar. Mereka ini tidaklah begitu ramai dibandingkan 22 juta rakyat Malaysia. Sebahagian besar yang lain masih lagi begitu selesa dengan segala maklumat yang diperolehi dari media arus perdana. Ini menunjukkan kepada kita penguasaan media prima oleh golongan tertentu masih lagi satu pelaburan yang cukup baik dan masih relevan.
Kesimpulannya kesan media baru (internet) kepada khalayak sebenarnya tidak banyak! Sudah pasti kebanyakan golongan professional ini bukanlah ahli politik. Mereka ini hanyalah mengikuti perkembangan apa yang berlaku (dari jauh) serta membuat penilaian samada akan mengundi atau memprotes. Namun begitu protes yang dibuat oleh mereka sebenarnya tidak cukup pun untuk menumbangkan kerajaan! Seandainya kita diperintah oleh satu kerajaan yang baik, maka jika bernasib baik, suara protes itu akan diambilkira. Sebaliknya jika kerajaan melihat suara mereka ini tidak penting, sudah pasti tiada siapa pun akan peduli!
Perjuangan pemimpin kita untuk membawa ICT diseluruh ceruk rantau negara ini masih panjang. Bukan mudah untuk membudayakan ICT kepada seluruh rakyat tanpa mengira status dan taraf hidup. Kini ICT adalah satu keperluan hidup. Untuk memohon ke universiti awam pun anak-anak kita perlu mengisi permohonan secara online. Bayangkan bagaimana anak-anak kita yang langsung tidak mempunyai akses internet. Kalau dulu kita pernah dengar “Dulu aku tak leh masuk universtiti sebab silap isi borang!”. Tapi 10 tahun akan datang ayatnya mungkin berbeza “Dulu aku tak leh masuk universtiti sebab aku tak de internet nak isi borang permohonan! Maklumlah aku sekolah kampung… kat cabang empat tok mek ngah!”.
Begitulah pentingnya ICT ini kepada generasi akan datang. Kita percaya kerajaan yang diterajui oleh UMNO akan sentiasa memperkembangkan teknologi ICT walaupun ia bakal menjadi legasi kepada Tun Dr Mahathir. Tapi lainlah sekiranya sesetengah pemimpin UMNO melihat ICT dari sudut negatif sebagai ancaman kepada survival politik mereka. Jika ini berlaku maka sudah pasti perkembangan ICT ini perlu dihentikan atau sekurang-kurangnya dikekalkan pada tahap sekarang.
Dan mungkinkah pemimpin UMNO yang ada sekarang terlalu bersungguh-sungguh bekerja keras untuk mengurangkan jurang digital dikalangan rakyat sehingga terlupa untuk mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian mereka?
Atau adakah mereka ini tidak pernah pun mengetahui apa kah bendanya ICT itu walaupun menyebutnya setiap hari? (Ya lah...... dizaman I don’t know, semua buleh jadi).
Atau mungkinkah mereka hanya mentakrifkan ICT sama dengan komputer & komputer adalah ICT.
Sekurang-kurangnya mereka tidak mentakrifkan ICT sebagai I love Siti (Nurhaliza).
Marah nanti datuk K.
Sekian.

Subscribe to:
Posts (Atom)